Rabu, 29 Disember 2021

Cikgu Korea (>o<)

Assalam Qabla Qalam
Assalammualaikum wbr

☺☺☺

Cuti semester selama 3 bulan dah nak habis, tiba-tiba baru terdetik nak tulis blog (even dah lama berhabuk).
Saya terdetik pun sebab ada sorang hamba Allah ni teringin nak belajar tulis hangul dengan saya. (haaaaa hang mesti baca blog aq sekarang ni ann)

Saya sebenarnya lepas SPM dah belajar tulis mende ni (tu pun sebab ada semangat gara2 nak kawen dengan Lee Min Ho lepas SPM dulu : wehhhhh gattai noh)
Boleh kot kita start sekarang (sorry kalau saya tak reti nak ajar)

First , kenal HURUF KONSONAN

InsyaAllah kalau korang ada semangat yang kental .. memang sehari lah boleh ingat bentuk-bentuk dia macam mana.

ㄱ huruf G
ㄴ huruf N
ㄷ huruf D
ㄹ huruf R/L 
ㅁ huruf M
ㅂ huruf B
ㅅ huruf S
ㅇ huruf NG (selain dia huruf NG dia ni special sikit... nanti saya terang)
ㅈ huruf J
ㅊ huruf CH
ㅋ huruf K/Q
ㅌ huruf T
ㅍ huruf P
ㅎ huruf H


Second , HURUF VOKAL

Okay, ni point paling penting sekali

Tadi saya ada beritahu pasal huruf ni kan 
Kalau nak tahu, huruf ni special sengat sebab huruf ni lah yang akan "bunyi' kan huruf-huruf vokal kita selain daripada kita tambah huruf konsonan
Okay, sekarang ni huruf-huruf vokal yang "tiada bunyi'' : ㅏ ㅑ ㅓ ㅕ ㅗ ㅛ ㅜ ㅠ ㅡ ㅣ
Bila kita tambahkan huruf special tadi : 


Lastly, KONSONAN + VOKAL

Korang gabungkan dua-dua ni 

credit to : www.meridianlinguistics.com


Arasso?, kalau ada salah dan kurang saya atau nak lebih faham bolehlah bukak web atau blog lain. Ilmu ni luas dan mungkin apa yang saya ajar tak cukup lagi untuk korang. 
Saya pun kadang-kadang ada jugaklah study hangul ni sebab takut lupa.
Bayangkan saya belajar hangul ni lepas SPM dan lepas diploma baru nak tilik balik
Lama kan hehehee.

Okay ni saya bagi tips sikit kalau nak study
Kalau korang minat Kpop , ni lagi best
Cari lirik lagu ape2 yang best dalam hangul dan sambil dengar lagu (dengar betul2 setiap perkataan yang dia sebut)
Dulu saya pernah buat untuk lagu BEAST - Fiction (sebab tulah saya boleh hafal lagu tu heheheh)







Isnin, 25 Oktober 2021

Ma Time, Dear 25-year-old-me

 Assalammualaikum wbr

Diam tak diam, Aku kini sudah berusia 25 tahun (pada September lepas).

Lama tak install dan tulis dalam blog ni, dah berhabuk doww. Dahlah Aku jenis pemalas, banyak gile benda nak update kat sini. Sampai tak terupdate.

Santai jap makan maggie,


I have my own time. Aku kadang² berhenti kejap kat tengah jalan, stesen minyak ke kt mana², Aku ambik masa Aku sendiri, terserahlah Aku nak menangis ke nak gelak ke, kalau boleh masa tu Aku sorang je. Tak pasal² keter viva Aku jadi saksi tangisan guwe. Ceyyyyy.

Tak menafikanlah, bila dah meningkat usia ni, macam² ujian dan dugaan Allah bagi. Betullah orang kata, hidup kita memang kena hadap jugak. No one have a perfect life. Mesti akan rasa punya jatuh, down tu.

For the first time, Aku rasa puas gile menangis, Aku menangis sebab Aku keliru dengan hidup Aku, kadang² ada jugak rasa anxiety tu, sampai tak boleh tidur. Sampai Aku letak gunting bawah bantal, kot² ada gangguan ke ape. Aku terfikir tu mungkin sign Allah panggil Aku nak Aku mengadu padaNya.

Aku rasa keliru dengan keputusan hidup Aku sekarang. Aku berdoa semoga Allah permudahkan urusan Aku. Aku jeles jugak tengok kawan² sebaya Aku banggakan parents dia. 

Aku cuba husnuzon. Everyone have their own timeline, mungkin harini rezeki diorang, lepas ni rezeki Aku pulak, cuma yang penting jangan putus asa dgn rahmatNya. Mungkin terlalu awal untuk Aku rasa semua tu.

Banyak benda yang Aku fikir, paling besar adalah kerja Aku, Aku tak kata Aku stress disebabkan ni, cuma Aku rasa Aku perlu tingkatkan lagi prestasi Aku. Aku banyak buat silap, disebabkan kesilapan tu, Aku jadi anxiety, jadi panic bila boss tegur dsbgnya.


Satu lagi, Aku ada doa untuk "imam" Aku, jika dia ikhlas dengan Aku, Allah permudahkan urusan dia untuk halalkan Aku.

Aku tahu ini agak sedikit mengarut dan desperate, tapi Aku layak jugak nak tahu siapa dia jodoh Aku, Aku pun try ikut tips ni awal tahun lepas. 


Aku percaya Allah pertemukan kita dengan seseorang tu bersebab.

Takat ni Aku hanya mampu bersangka baik saja. Andai Aku berjodoh dengan Mr.Jodoh ni, Allah permudahkanlah. 


Aku set target tahun ni, nak settlekan 5 tahun Aku. Kalau tak sempat, kita brought forward je ke 5 tahun akan datang 🤣🤣🤣 


Tak sempat takpela, tapi Aku agak puas hati sepanjang 5 tahun ni, hampir semua life goals Aku tercapai, Alhamdulilah, mungkin perancangan Allah lebih baik.

Okay, jom sambung buat kijooo 🙈

Ahad, 25 Oktober 2020

"Ingat kau sorang ada hati?"

 Assalammualaikum WBR.

 


 

 "Ingat kau sorang ada hati?"

 It's hurts me a lot

Bila teringat balik kenangan masa Diploma dulu, entah papelaaa perangai. 

Dulu aku fikir bila aku jaga perasaan orang lain, orang lain akan jaga perasaan aku balik. Tapi tu yang berlaku sebaliknya.

Aku pernah buat hal dulu dengan kawan2 aku. (sekarang alhamdulilah baik belake doh, kita ni jgnlah musuh lama2, kang merangkak la kita nak mintak maaf nanti) 

Aku pernah sekali "tegur" seseorang untuk bagi diorang baik balik, aku sangkakan masing2 nak minta maaf, tapi hamba Allah ni selambe je cerita dekat orang lain. Takpelah budak2 kan, aku xnak aibkan dia, kalau aku jadi dia aku pun geram orang lain yang takde kena mengena pi tegur. Lagipun aku anggap tu sebagai pengajaran. JGN SIBUK HAL ORANG LAIN. Sebab seorang budak 18-19 tahun ni, bukan macam budak2 kecik yang mudah ditegur - dengan erti kata lain EGO tu dah ada.

Sekarang bila ingat balik, rasa sakit pun ade.

Pernah sekali kejadian tu terjadi masa aku nak balik Kedah time raya haji. Aku doa macam2 wey supaya aku mati laaa, mampus tengah jalan laa (macam2). Sebab aku tak pernah sesedih macam tu tau sepanjang hidup. 

 Betullah orang kata "PENGALAMAN MEMATANGKAN KITA".

Sesiapa je pernah ada pengalaman pahit sebelum ni, kadang2 aku fedup jadi baik. Tapi jangan disebabkan niat sebegitu Tuhan tak hitung amalan baik aku selama ni.

(sekadar luahan, hujan ni,so xboley sidai kain)









Jumaat, 23 Oktober 2020

Comeback setelah tanam anggur

Assalamualaikum WBT 
.
Lama tak tulis blog (wooow tiqah, setahun sekali yerrr mung muncul), harini mcm bosan sikit. Sebagai penganggur yang berjaya, aku luangkan masa sikit harini.

Takat ni, nak cari kerja pun susah, call firma audit pakat kata tak ada kerja. Berjaya sungguh, aku ni jenis cepat bosan duduk rumah, buat kerja yang sama, pakai kain😵 (sbb seluar aku tak banyak), tengok kengkawan yang dah kawen dll.

Korang plisss ehhh, HORMAT SIKIT ORANG SINGLE NI
😈 : Aku harap aku kawen dulu dari korang 😋


Isnin, 29 Julai 2019

Woooow~~ Hebatnya Kamoo.. Yakinnya Kamoo

Assalammualaikum w.b.r


Harini aku ada sesi luahan perasaan sikit.

Haritu aku "terdengar" ada makciks dan pakciks yang suka memuji anak diorang. Daripada puji anak depa baik puji memuji kepada Tuhan kan 

p/s : Sis tak puas hati doowww.. meluat pun ada.

👴/👵 : Anak pakcik ni selalu dekan... xpernah miss solat blablabla something mcm tu

Lepas tu si anak ni post @ record dekat status dan sebagainya

Cuba bayangkan kalau ada orang tengok post @ status tu
Mesti ada dua kemungkinan diorang akan berfikir
1- Tambah puji memuji
2- Meluat

Macam kes kat atas tu cuba fikir apa yang orang lain fikir pasal post @ status tu : Korang SORANG saje ke yang dekan? Hebat sangat ke dekan tu? Korang SORANG saje ke masuk Universiti?

Bagi aku memuji ni tak salah. Tapi cuba ELAKKAN. Nanti jadi RIAK (termasuklah orang yang memuji - plisss jangan puji berlebihan.. korang tak de kijee ke hah)

Sorry to say, riak ni antara dosa besar. Sebab korang rasa korang dah BAIK,dah TINGGI dari orang
Dan automatik korang akan pandang rendah terhadap orang lain.

Kadang2 orang lain tak tunjuk kelebihan atau apa yang dia dapat sebab dia MALU. Sebab ramai lagi manusia yang better dari dia.

Kelebihan yang kita ada tu SEKADAR pinjaman dari Tuhan je.. tak takut ke kena tarik balik?

Kita ni tak sempurna mana. Kadang2 orang hanya nampak kita baik dari LUARAN saja. Bukan DALAMAN. Entah2, dalaman kita ni pun tak cukup baik lagi. dah komfem masuk syurga ke

Kadangkala sifat malu tu kena ada bila kena puji.

Catatan di Surau Asiah.

Assalamualaikum w.b.r


Dah lama sis dah tak bukak blog ni. Tiba² rasa nak buat luahan perasaan. Sebenarnya aku bosan sangat² dekat sini - takde aktiviti.

Dan dekat hospital ni, polisi dia : seorang pesakit hanya boleh dijaga oleh seorang waris sahaja. Untuk hari ni, mama yang jaga Nina. Aku datang pun waktu melawat (sebelum zohor dan waktu asar). Jadi, waktu² lapang gini aku lepak dekat surau sini.

Seperti yang aku katakan sebelum ni, Nina mengidap penyakit SLE dah 2 tahun. Selama 2 tahun ni, dia kena selalu makan ubat. Aku sedih sebenarnya, sebab remaja sebaya dia sepatutnya happy tanpa sebarang penyakit tapi dia sebaliknya. Selama ni, dia jarang datang ke sekolah (time exam je datang) disebabkan appointment doktor hampir setiap minggu. 

Sekarang, Doktor nak buat pemeriksaan terhadap buah pinggang dia. Jadi dia kena masuk dalam ward untuk buat biopsi (pengambilan jaringan tubuh untuk pemeriksaan). Sebab dia makan ubat dalam kuantiti yang banyak, Dr nak tengok keadaan buah pinggang dia untuk pengambilan dos ubat.

Sebelum tu saya nak ucap terima kasih dekat family dan kawan² yang datang melawat dan mendoakan Nina. May Allah bless you always😃
Ada yang  hantar cara mengurut lah, tak ada kena mengena pun 😅 tapi terima kasihlah - nanti Sis try.

22-7-2019 : Hari ni first day Nina dimasukkan ke dalam ward. 



Masa ni, dah rasa dah bosan dekat sini - dengan ramai orang lagi. Dan Nina diletakkan dekat ward yang agak terbuka.

Sebelum tu, Tiqoh Y dengan family pun datang untuk melawat Nina. Masa ni Ya Allah aku terharu gile2 kot sampai tak terkeluar suara nak cakap. Nasib mama ada.

23-7-2019 : Tekanan darah Nina terlalu tinggi, jadi biopsi terpaksa ditangguh untuk esok.

 


Pagi ni, apa lagi! Aku tunjuklah skill memasak aku. Alhamdulilah makan jugak Sep2 ni kekeke. Malam ni, aku pulak yang menjaga Nina. Dia siap suruh bawak komik² hantu dia + majalah Ana Muslim abah baru beli. Bosan katanya....
Aku sampai² ward malam tu dia kepanasan. Aku siap bawak kipas sunflower dia lagi.
24-7-2019 : Nina "tarik" (sawan).

Pagi tu Nina sawan, buat kali pertama pada tahun ni, last masa dia berumur 1 tahun.
Pagi sebelum Subuh tu hanya Tuhan je yang tahu. Aku menangis tak berhenti. Aku menangis sebab kenapa dia diuji macam ni? Dia tak pernah mintak nak sakit macam ni.

Nina 1 tahun. Masa ni dia baru release dari hospital.
Sepanjang tempoh dia sawan tu, aku tengok dia dengan mata aku sendiri : kesiannya adik aku 😢sambil terbayang dia baru je gelak dengar lawak aku kelmarin. Sambil² tu ada seorang Nurse (kelatey) mari pujuk aku.

Dalam hari ni, dia kerap sawan (hampir setiap 2 jam). Mungkin sebab Doktor bagi dia makan ubat darah tinggi - dan dos tu tak berapa sesuai dengan umurnya.
Sepanjang hari ni jugak aku menangis.

Time² lapang mcm ni aku solat sunat dekat surau untuk dia. Moga² Nina diberi kesembuhan. Ameen.
Malam ni alhamdulilah dia dah okay. Last dia sawan tengahhari tadi. Tapi tak boleh blaah lah dia siap mengusik saya lagi. -bwt2 goyang badan dia 😤
jgn tanya jenama apa...cuma editan semate
Serious sis debo.

25-7-2019 : Nina dah sihat sepenuhnya.

Alhamdulilah makhluk ni dah sihat. Aku lawat dia tengahhari memandangkan pagi tu aku attend Cakna Waris sekolah Hakim. (result dia masyaAllah 😪)

Sekarang dia plan nak pujuk Dr suruh release dia awal. Nak mengorat Dr. A lah apelah. Masalahnya mama pun join jgk HAHAHAHA 😆

galok er anok beranok ni

Yerlah.. bosan kot asyik baring je katanya.

26-7-2019 → 29-7-2019 : Ending

Sepanjang hari budak ni sihat je. Alhamdulilah. Siap makan donut lagi + setiap hari dapat "SurSurPRIS"

By the way, biopsi buah pinggang Nina ditangguhkan sebab tekanan darah dia tak stabil. Tambah-tambah lagi dia "tarik" haritu. InsyaAllah bulan 8 ni pulak Nina buat biopsi. Doa yang baik-baik.

 
nak gi cek MRI

Hari last, Nina kena cek MRI - untuk scan otak dia takut penyakit dia merebak dekat otak. Alhamdulilah. Dia okay


balik lu kengkawan


Last but not least, saya nak ucapkan terima kasih atas doa kalian. Yang pergi melawat pun tak terkecuali.

Kami hargai sangat2 doa kalian. Ada yang tak putus-putus Whatsapp tanya keadaan Nina

May Allah bless you all

Isnin, 4 Jun 2018

Bekas Ubat Nina

Salam qabla qalam, Assalamualaikum w.b.r

Setelah sekian lame tak buka blog ni, tiba2 dapat ilham nak tulis pasal adik saya Aminatul Aqilah also known as Nina.

Tadi masa buat kuih Almond London, tiba2 aku pandang bekas ubat Nina atas meja. Masa tu aku tiba2 sebak.. Macam tak sangka, adik aku sakit. Sakit dia bukan sementara tapi kekal selamanya kecuali sembuh dengan izinNya.

Aku teringat, tahun lepas Nina tak ada peluang langsung nak berseronok time puasa dan raya.

Dia hidap penyakit SLE ni dah hampir setahun.

Cuti semester 3 bulan tahun lepas aku hanya tengok muka sedih dia je. Sebelum ni, aku balik rumah je mesti Nina sambut, aku pelik kenapa Nina tak sambut aku masa tu. Sepnjang dalam kereta ,Aboh ada bagitahu yang Nina ni sakit dan tak larat nak ambik aku dekat stesen bas. Aku terus meluru ke bilik ,ternampak dia baring lesu, badan kurus, mata merah, muka cekung. First time aku nampak Nina macam tu.

Sampailah satu masa, Nina dibawa check ke hospital. Dr sahkan dia mengidap penyakit SLE. First sekali aku ingat ke dr akan kata dia gastrik or anything else.

SLE ni penyakit dimana sel pelindung dalam badan menyerang badan sendiri
SEBAB TU NINA TAK PERNAH SAKIT
Sebab sel pelindung tu sangat aktif. Sampaikan dulu Nina makan ubat pun tak reti. Dan kalau dia demam, cepat je sihat.

Dah setahun berlalu, aku gembira tengok Nina ceria macam dulu. Kuat bergosip. Even menyakitkan hati suka buat selerak rumah... (Hahahhahaa baru habis kemas ni)

Honestly, aku tabik sangat dengan budak ni
Even sakit , tapi dia sangaaat ceria macam tak ada apa2

Aku pernah tanya... Kenapa "coce coce" kali lepas okay sikit ni...dia hanya bagitau.. "awat na kena sakit je..daripada buat muka sedih.. Baik na enjoy je... Mungkin ujian Allah kat Na"
Aku rasa kalau aku ada ditempat dia, maybe aku dah putus asa dah dengan hidup aku. Mana tak nya, hidup hanya bergantung pada ubat. Siapa yang nak?

Tapi aku harap semoga Na ceria sentiasa

(Nasib baik dia xpernah bukak blog aku.... )