Ramai kawan-kawan yang tanya sebelum saya tergerak hati (sebab abah suruh lawa) nak pakai braces ni dulu... "Klinik swasta ke kerajaan?? ' saya pun peliklah apa bezanya...klinik je kan.. saya pun katalah "kerajaan kot".
Sekarang baru tahu.. klinik kerajaan proses nak pakai tu lambat kena tunggu beberapa tahun nak siap dan kos dia murah RM500-RM700 sahaja ..nak bayar pun time bila pasang besi tu
Kalau klinik swasta sekejap je cuma kos dia tinggi.. nak cepat kan... kos dia dalam RM3000-RM4000 kot..
2013
Time ni abah dengan mama tiba-tiba nak berbincang "kakak kena ikat gigi".Saya pun debaq lah ..mampuihlah skemalah lepas ni.. Esoknya cerita pula dekat kawan-kawan "saya jadi skema lepas ni huhu"
Februari-Mac , Hospital lama Sultanah Bahiyah
Dalam tahun ni hampir sebulan lebih check gigi..depa nak tengok gigi kita sihat ke tak?? gusi ok ke tak...
Dalam tempoh sebulan tu 2 minggu sekali dia panggil untuk cuci dan check gigi.. Dia kata memang patut pun saya ikat gigi ..sebab gigi saya berlapis dan susah nak cuci.
Akhirnya, dia pun suruh pergi klinik Teluk Wanjah kat bandaq tu.. Aduih bandaq pulak...
11 Mac , Klinik Teluk Wanjah
Dia check gigi dan gusi lepas tu dia bagi 'WAITING LIST'
saya pun tanyalah "kena tunggu lagi ke kak?'' - x sabaq
"Kena tunggu lah dik.. ramai lagi dalam senarai dari 3 tahun lepas" - mcm marah je
inilah WAITING LIST |
Balik tu abah pujuk.."kakak sabaqlah noh..nanti 3 tahun akan datang dia panggil pulak."
2016
Januari
Masa ni baru je habis paper Insurance .. lepas lega jawab paper nak mengadu kat wicet ..buka-buka telifon .. banyaknya missed call daripada 04- (no pejabat tu). Saya pun call baliklah ..bila call balik tak sangka klinik Teluk Wanjah dah panggil untuk temu janji..
Cuti semester
Saya pun datang klinik seperti yang dijanjikan. Dia letak mold tanah liat dekat gigi atas dan bawah. Selepas tu dia bagi surat suruh bawak ke Hospital Sultanah Bahiyah atau Hospital Perlis untuk X-Ray.
Abah bawak saya X-Ray ke Hospital Perlis memandangkan Perlis tak ambik cuti hari Jumaat. Hehehe seronoknya nasib baik tak ramai orang.
21 Mac
Saya tetapkan temu janji bulan Mac sebab cuti sem seminggu .. Dia check gigi dan gusi lepas tu dia terangkan nak pakai braces nanti macam mana.. nak CABUT gigi yang mana (banyaknya) ..bayaran yang dikenakan. Dia pun tetapkan tarikh tu siap-siap.
Memandangkan klinik tu akan diupgrade dan cuti lama buat sementara maka proses tu akan ditundalah.. dari nak pakai bulan 6 pakai pulak bulan 9 ni.. Tak apalah asal pakai sudah.
Dia pun bagi buku temujanji yeyyyy
14 Julai
Time ni saya berdebaq sekali.. tak tahulah apa nasib saya lepas ni ..
Dia janji akan cabut gigi atau pasang besi dekat belakang gigi bulan ni
Masuk je dalam bilik jumpa doktor.. senyumlah sikit. Doktor pun kata dia nak pasang getah atau 'spacing' dekat gigi.. "hah getah?'' Getah ni untuk merenggangkan gigi supaya nanti senanglah nak CABUT. Doktor bubuh getah tu atas bawah kiri kanan gigi.
nampak dak getah biru tu |
Sampai sekarang ...duk pikiaq bilalah nak cabut ..sakit dow.. rasa macam gigi bergoyang goyang
nak makan memang tak de mood ler
Hanya mampu melihat sahaje orang lain ngapngap