Jumaat, 30 September 2016

Step Nak Pakai Braces -2


21 Julai
Seperti yang dijanjikan, minggu lepas dia pasang getah dekat gigi dan hari ini dia nak buang.
Dia letak besi di belakang gigi iaitu gigi geraham, besi tu namanya bands. Sakitnya dia tekan gigi belakang aku ni. Dia pasang bands tu dihujung gigi kanan dan kiri (atas bawah).

Tapi lebih sakit sebenarnya masa pasang getah haritu (yang ni takdelah sakit mana)


ni dia bands

Bulan Ogos 2016
Nilah pengalaman yang paling pahit dalam hidup.
Cabut gigi!!! 

Aku kena cabut 3 batang gigi
Dia sebenarnya bergantung juga. Kalau gigi kita berlapis teruk cabut banyak sikit. Paling tak pun 2 batang.

Biasanya sebab kena cabut dia nak selarikan gigi tu bagi sama

Aku cabut seminggu sebatang

Pasal kos tu murah saja. Sebab aku cabut dekat Klinik1Malaysia. Satu batang RM1 sahaja. Memang berbaloi, tapi ramailah beratur (kena pi awal). Berbanding swasta RM70-80 sebatang.

20 September 2016
Saat yang paling dinantikan. Pakai braces
Terpaksalah ambik cuti kuliah sebab dia pilih tarikh tu,

Dah bertahun dah tunggu akhirnya boleh jugak pakai. (huhu sedih)

First pakai tu memang sakit. Sebab tak selesa
Nak makan nak bercakap pun sakit
Adalah dalam seminggu lepas pakai tu tumbuh ulser, cakap tak jelas dan nak makan pun makan benda lembut (jadi baby balik)

saye suke bunge


Apa-apa pun aku seronok sangat dapat jugak pakai
Penantianku tidak sia-sia

Dah pakai braces ni jangan lupa, lepas ni ada lagi prosedure rawatan dia seterusnya (dia kena pergi rawatan 8 minggu sekali)
-dahlah 4thn