Isnin, 4 Jun 2018

Bekas Ubat Nina

Salam qabla qalam, Assalamualaikum w.b.r

Setelah sekian lame tak buka blog ni, tiba2 dapat ilham nak tulis pasal adik saya Aminatul Aqilah also known as Nina.

Tadi masa buat kuih Almond London, tiba2 aku pandang bekas ubat Nina atas meja. Masa tu aku tiba2 sebak.. Macam tak sangka, adik aku sakit. Sakit dia bukan sementara tapi kekal selamanya kecuali sembuh dengan izinNya.

Aku teringat, tahun lepas Nina tak ada peluang langsung nak berseronok time puasa dan raya.

Dia hidap penyakit SLE ni dah hampir setahun.

Cuti semester 3 bulan tahun lepas aku hanya tengok muka sedih dia je. Sebelum ni, aku balik rumah je mesti Nina sambut, aku pelik kenapa Nina tak sambut aku masa tu. Sepnjang dalam kereta ,Aboh ada bagitahu yang Nina ni sakit dan tak larat nak ambik aku dekat stesen bas. Aku terus meluru ke bilik ,ternampak dia baring lesu, badan kurus, mata merah, muka cekung. First time aku nampak Nina macam tu.

Sampailah satu masa, Nina dibawa check ke hospital. Dr sahkan dia mengidap penyakit SLE. First sekali aku ingat ke dr akan kata dia gastrik or anything else.

SLE ni penyakit dimana sel pelindung dalam badan menyerang badan sendiri
SEBAB TU NINA TAK PERNAH SAKIT
Sebab sel pelindung tu sangat aktif. Sampaikan dulu Nina makan ubat pun tak reti. Dan kalau dia demam, cepat je sihat.

Dah setahun berlalu, aku gembira tengok Nina ceria macam dulu. Kuat bergosip. Even menyakitkan hati suka buat selerak rumah... (Hahahhahaa baru habis kemas ni)

Honestly, aku tabik sangat dengan budak ni
Even sakit , tapi dia sangaaat ceria macam tak ada apa2

Aku pernah tanya... Kenapa "coce coce" kali lepas okay sikit ni...dia hanya bagitau.. "awat na kena sakit je..daripada buat muka sedih.. Baik na enjoy je... Mungkin ujian Allah kat Na"
Aku rasa kalau aku ada ditempat dia, maybe aku dah putus asa dah dengan hidup aku. Mana tak nya, hidup hanya bergantung pada ubat. Siapa yang nak?

Tapi aku harap semoga Na ceria sentiasa

(Nasib baik dia xpernah bukak blog aku.... )