Isnin, 29 Julai 2019

Woooow~~ Hebatnya Kamoo.. Yakinnya Kamoo

Assalammualaikum w.b.r


Harini aku ada sesi luahan perasaan sikit.

Haritu aku "terdengar" ada makciks dan pakciks yang suka memuji anak diorang. Daripada puji anak depa baik puji memuji kepada Tuhan kan 

p/s : Sis tak puas hati doowww.. meluat pun ada.

๐Ÿ‘ด/๐Ÿ‘ต : Anak pakcik ni selalu dekan... xpernah miss solat blablabla something mcm tu

Lepas tu si anak ni post @ record dekat status dan sebagainya

Cuba bayangkan kalau ada orang tengok post @ status tu
Mesti ada dua kemungkinan diorang akan berfikir
1- Tambah puji memuji
2- Meluat

Macam kes kat atas tu cuba fikir apa yang orang lain fikir pasal post @ status tu : Korang SORANG saje ke yang dekan? Hebat sangat ke dekan tu? Korang SORANG saje ke masuk Universiti?

Bagi aku memuji ni tak salah. Tapi cuba ELAKKAN. Nanti jadi RIAK (termasuklah orang yang memuji - plisss jangan puji berlebihan.. korang tak de kijee ke hah)

Sorry to say, riak ni antara dosa besar. Sebab korang rasa korang dah BAIK,dah TINGGI dari orang
Dan automatik korang akan pandang rendah terhadap orang lain.

Kadang2 orang lain tak tunjuk kelebihan atau apa yang dia dapat sebab dia MALU. Sebab ramai lagi manusia yang better dari dia.

Kelebihan yang kita ada tu SEKADAR pinjaman dari Tuhan je.. tak takut ke kena tarik balik?

Kita ni tak sempurna mana. Kadang2 orang hanya nampak kita baik dari LUARAN saja. Bukan DALAMAN. Entah2, dalaman kita ni pun tak cukup baik lagi. dah komfem masuk syurga ke

Kadangkala sifat malu tu kena ada bila kena puji.

Catatan di Surau Asiah.

Assalamualaikum w.b.r


Dah lama sis dah tak bukak blog ni. Tiba² rasa nak buat luahan perasaan. Sebenarnya aku bosan sangat² dekat sini - takde aktiviti.

Dan dekat hospital ni, polisi dia : seorang pesakit hanya boleh dijaga oleh seorang waris sahaja. Untuk hari ni, mama yang jaga Nina. Aku datang pun waktu melawat (sebelum zohor dan waktu asar). Jadi, waktu² lapang gini aku lepak dekat surau sini.

Seperti yang aku katakan sebelum ni, Nina mengidap penyakit SLE dah 2 tahun. Selama 2 tahun ni, dia kena selalu makan ubat. Aku sedih sebenarnya, sebab remaja sebaya dia sepatutnya happy tanpa sebarang penyakit tapi dia sebaliknya. Selama ni, dia jarang datang ke sekolah (time exam je datang) disebabkan appointment doktor hampir setiap minggu. 

Sekarang, Doktor nak buat pemeriksaan terhadap buah pinggang dia. Jadi dia kena masuk dalam ward untuk buat biopsi (pengambilan jaringan tubuh untuk pemeriksaan). Sebab dia makan ubat dalam kuantiti yang banyak, Dr nak tengok keadaan buah pinggang dia untuk pengambilan dos ubat.

Sebelum tu saya nak ucap terima kasih dekat family dan kawan² yang datang melawat dan mendoakan Nina. May Allah bless you always๐Ÿ˜ƒ
Ada yang  hantar cara mengurut lah, tak ada kena mengena pun ๐Ÿ˜… tapi terima kasihlah - nanti Sis try.

22-7-2019 : Hari ni first day Nina dimasukkan ke dalam ward. 



Masa ni, dah rasa dah bosan dekat sini - dengan ramai orang lagi. Dan Nina diletakkan dekat ward yang agak terbuka.

Sebelum tu, Tiqoh Y dengan family pun datang untuk melawat Nina. Masa ni Ya Allah aku terharu gile2 kot sampai tak terkeluar suara nak cakap. Nasib mama ada.

23-7-2019 : Tekanan darah Nina terlalu tinggi, jadi biopsi terpaksa ditangguh untuk esok.

 


Pagi ni, apa lagi! Aku tunjuklah skill memasak aku. Alhamdulilah makan jugak Sep2 ni kekeke. Malam ni, aku pulak yang menjaga Nina. Dia siap suruh bawak komik² hantu dia + majalah Ana Muslim abah baru beli. Bosan katanya....
Aku sampai² ward malam tu dia kepanasan. Aku siap bawak kipas sunflower dia lagi.
24-7-2019 : Nina "tarik" (sawan).

Pagi tu Nina sawan, buat kali pertama pada tahun ni, last masa dia berumur 1 tahun.
Pagi sebelum Subuh tu hanya Tuhan je yang tahu. Aku menangis tak berhenti. Aku menangis sebab kenapa dia diuji macam ni? Dia tak pernah mintak nak sakit macam ni.

Nina 1 tahun. Masa ni dia baru release dari hospital.
Sepanjang tempoh dia sawan tu, aku tengok dia dengan mata aku sendiri : kesiannya adik aku ๐Ÿ˜ขsambil terbayang dia baru je gelak dengar lawak aku kelmarin. Sambil² tu ada seorang Nurse (kelatey) mari pujuk aku.

Dalam hari ni, dia kerap sawan (hampir setiap 2 jam). Mungkin sebab Doktor bagi dia makan ubat darah tinggi - dan dos tu tak berapa sesuai dengan umurnya.
Sepanjang hari ni jugak aku menangis.

Time² lapang mcm ni aku solat sunat dekat surau untuk dia. Moga² Nina diberi kesembuhan. Ameen.
Malam ni alhamdulilah dia dah okay. Last dia sawan tengahhari tadi. Tapi tak boleh blaah lah dia siap mengusik saya lagi. -bwt2 goyang badan dia ๐Ÿ˜ค
jgn tanya jenama apa...cuma editan semate
Serious sis debo.

25-7-2019 : Nina dah sihat sepenuhnya.

Alhamdulilah makhluk ni dah sihat. Aku lawat dia tengahhari memandangkan pagi tu aku attend Cakna Waris sekolah Hakim. (result dia masyaAllah ๐Ÿ˜ช)

Sekarang dia plan nak pujuk Dr suruh release dia awal. Nak mengorat Dr. A lah apelah. Masalahnya mama pun join jgk HAHAHAHA ๐Ÿ˜†

galok er anok beranok ni

Yerlah.. bosan kot asyik baring je katanya.

26-7-2019 → 29-7-2019 : Ending

Sepanjang hari budak ni sihat je. Alhamdulilah. Siap makan donut lagi + setiap hari dapat "SurSurPRIS"

By the way, biopsi buah pinggang Nina ditangguhkan sebab tekanan darah dia tak stabil. Tambah-tambah lagi dia "tarik" haritu. InsyaAllah bulan 8 ni pulak Nina buat biopsi. Doa yang baik-baik.

 
nak gi cek MRI

Hari last, Nina kena cek MRI - untuk scan otak dia takut penyakit dia merebak dekat otak. Alhamdulilah. Dia okay


balik lu kengkawan


Last but not least, saya nak ucapkan terima kasih atas doa kalian. Yang pergi melawat pun tak terkecuali.

Kami hargai sangat2 doa kalian. Ada yang tak putus-putus Whatsapp tanya keadaan Nina

May Allah bless you all