Rabu, 29 Disember 2021

Cikgu Korea (>o<)

Assalam Qabla Qalam
Assalammualaikum wbr

☺☺☺

Cuti semester selama 3 bulan dah nak habis, tiba-tiba baru terdetik nak tulis blog (even dah lama berhabuk).
Saya terdetik pun sebab ada sorang hamba Allah ni teringin nak belajar tulis hangul dengan saya. (haaaaa hang mesti baca blog aq sekarang ni ann)

Saya sebenarnya lepas SPM dah belajar tulis mende ni (tu pun sebab ada semangat gara2 nak kawen dengan Lee Min Ho lepas SPM dulu : wehhhhh gattai noh)
Boleh kot kita start sekarang (sorry kalau saya tak reti nak ajar)

First , kenal HURUF KONSONAN

InsyaAllah kalau korang ada semangat yang kental .. memang sehari lah boleh ingat bentuk-bentuk dia macam mana.

ㄱ huruf G
ㄴ huruf N
ㄷ huruf D
ㄹ huruf R/L 
ㅁ huruf M
ㅂ huruf B
ㅅ huruf S
ㅇ huruf NG (selain dia huruf NG dia ni special sikit... nanti saya terang)
ㅈ huruf J
ㅊ huruf CH
ㅋ huruf K/Q
ㅌ huruf T
ㅍ huruf P
ㅎ huruf H


Second , HURUF VOKAL

Okay, ni point paling penting sekali

Tadi saya ada beritahu pasal huruf ni kan 
Kalau nak tahu, huruf ni special sengat sebab huruf ni lah yang akan "bunyi' kan huruf-huruf vokal kita selain daripada kita tambah huruf konsonan
Okay, sekarang ni huruf-huruf vokal yang "tiada bunyi'' : ㅏ ㅑ ㅓ ㅕ ㅗ ㅛ ㅜ ㅠ ㅡ ㅣ
Bila kita tambahkan huruf special tadi : 


Lastly, KONSONAN + VOKAL

Korang gabungkan dua-dua ni 

credit to : www.meridianlinguistics.com


Arasso?, kalau ada salah dan kurang saya atau nak lebih faham bolehlah bukak web atau blog lain. Ilmu ni luas dan mungkin apa yang saya ajar tak cukup lagi untuk korang. 
Saya pun kadang-kadang ada jugaklah study hangul ni sebab takut lupa.
Bayangkan saya belajar hangul ni lepas SPM dan lepas diploma baru nak tilik balik
Lama kan hehehee.

Okay ni saya bagi tips sikit kalau nak study
Kalau korang minat Kpop , ni lagi best
Cari lirik lagu ape2 yang best dalam hangul dan sambil dengar lagu (dengar betul2 setiap perkataan yang dia sebut)
Dulu saya pernah buat untuk lagu BEAST - Fiction (sebab tulah saya boleh hafal lagu tu heheheh)







Isnin, 25 Oktober 2021

Ma Time, Dear 25-year-old-me

 Assalammualaikum wbr

Diam tak diam, Aku kini sudah berusia 25 tahun (pada September lepas).

Lama tak install dan tulis dalam blog ni, dah berhabuk doww. Dahlah Aku jenis pemalas, banyak gile benda nak update kat sini. Sampai tak terupdate.

Santai jap makan maggie,


I have my own time. Aku kadang² berhenti kejap kat tengah jalan, stesen minyak ke kt mana², Aku ambik masa Aku sendiri, terserahlah Aku nak menangis ke nak gelak ke, kalau boleh masa tu Aku sorang je. Tak pasal² keter viva Aku jadi saksi tangisan guwe. Ceyyyyy.

Tak menafikanlah, bila dah meningkat usia ni, macam² ujian dan dugaan Allah bagi. Betullah orang kata, hidup kita memang kena hadap jugak. No one have a perfect life. Mesti akan rasa punya jatuh, down tu.

For the first time, Aku rasa puas gile menangis, Aku menangis sebab Aku keliru dengan hidup Aku, kadang² ada jugak rasa anxiety tu, sampai tak boleh tidur. Sampai Aku letak gunting bawah bantal, kot² ada gangguan ke ape. Aku terfikir tu mungkin sign Allah panggil Aku nak Aku mengadu padaNya.

Aku rasa keliru dengan keputusan hidup Aku sekarang. Aku berdoa semoga Allah permudahkan urusan Aku. Aku jeles jugak tengok kawan² sebaya Aku banggakan parents dia. 

Aku cuba husnuzon. Everyone have their own timeline, mungkin harini rezeki diorang, lepas ni rezeki Aku pulak, cuma yang penting jangan putus asa dgn rahmatNya. Mungkin terlalu awal untuk Aku rasa semua tu.

Banyak benda yang Aku fikir, paling besar adalah kerja Aku, Aku tak kata Aku stress disebabkan ni, cuma Aku rasa Aku perlu tingkatkan lagi prestasi Aku. Aku banyak buat silap, disebabkan kesilapan tu, Aku jadi anxiety, jadi panic bila boss tegur dsbgnya.


Satu lagi, Aku ada doa untuk "imam" Aku, jika dia ikhlas dengan Aku, Allah permudahkan urusan dia untuk halalkan Aku.

Aku tahu ini agak sedikit mengarut dan desperate, tapi Aku layak jugak nak tahu siapa dia jodoh Aku, Aku pun try ikut tips ni awal tahun lepas. 


Aku percaya Allah pertemukan kita dengan seseorang tu bersebab.

Takat ni Aku hanya mampu bersangka baik saja. Andai Aku berjodoh dengan Mr.Jodoh ni, Allah permudahkanlah. 


Aku set target tahun ni, nak settlekan 5 tahun Aku. Kalau tak sempat, kita brought forward je ke 5 tahun akan datang 🤣🤣🤣 


Tak sempat takpela, tapi Aku agak puas hati sepanjang 5 tahun ni, hampir semua life goals Aku tercapai, Alhamdulilah, mungkin perancangan Allah lebih baik.

Okay, jom sambung buat kijooo 🙈