Isnin, 25 Oktober 2021

Ma Time, Dear 25-year-old-me

 Assalammualaikum wbr

Diam tak diam, Aku kini sudah berusia 25 tahun (pada September lepas).

Lama tak install dan tulis dalam blog ni, dah berhabuk doww. Dahlah Aku jenis pemalas, banyak gile benda nak update kat sini. Sampai tak terupdate.

Santai jap makan maggie,


I have my own time. Aku kadang² berhenti kejap kat tengah jalan, stesen minyak ke kt mana², Aku ambik masa Aku sendiri, terserahlah Aku nak menangis ke nak gelak ke, kalau boleh masa tu Aku sorang je. Tak pasal² keter viva Aku jadi saksi tangisan guwe. Ceyyyyy.

Tak menafikanlah, bila dah meningkat usia ni, macam² ujian dan dugaan Allah bagi. Betullah orang kata, hidup kita memang kena hadap jugak. No one have a perfect life. Mesti akan rasa punya jatuh, down tu.

For the first time, Aku rasa puas gile menangis, Aku menangis sebab Aku keliru dengan hidup Aku, kadang² ada jugak rasa anxiety tu, sampai tak boleh tidur. Sampai Aku letak gunting bawah bantal, kot² ada gangguan ke ape. Aku terfikir tu mungkin sign Allah panggil Aku nak Aku mengadu padaNya.

Aku rasa keliru dengan keputusan hidup Aku sekarang. Aku berdoa semoga Allah permudahkan urusan Aku. Aku jeles jugak tengok kawan² sebaya Aku banggakan parents dia. 

Aku cuba husnuzon. Everyone have their own timeline, mungkin harini rezeki diorang, lepas ni rezeki Aku pulak, cuma yang penting jangan putus asa dgn rahmatNya. Mungkin terlalu awal untuk Aku rasa semua tu.

Banyak benda yang Aku fikir, paling besar adalah kerja Aku, Aku tak kata Aku stress disebabkan ni, cuma Aku rasa Aku perlu tingkatkan lagi prestasi Aku. Aku banyak buat silap, disebabkan kesilapan tu, Aku jadi anxiety, jadi panic bila boss tegur dsbgnya.


Satu lagi, Aku ada doa untuk "imam" Aku, jika dia ikhlas dengan Aku, Allah permudahkan urusan dia untuk halalkan Aku.

Aku tahu ini agak sedikit mengarut dan desperate, tapi Aku layak jugak nak tahu siapa dia jodoh Aku, Aku pun try ikut tips ni awal tahun lepas. 


Aku percaya Allah pertemukan kita dengan seseorang tu bersebab.

Takat ni Aku hanya mampu bersangka baik saja. Andai Aku berjodoh dengan Mr.Jodoh ni, Allah permudahkanlah. 


Aku set target tahun ni, nak settlekan 5 tahun Aku. Kalau tak sempat, kita brought forward je ke 5 tahun akan datang 🤣🤣🤣 


Tak sempat takpela, tapi Aku agak puas hati sepanjang 5 tahun ni, hampir semua life goals Aku tercapai, Alhamdulilah, mungkin perancangan Allah lebih baik.

Okay, jom sambung buat kijooo 🙈