Maaflah tiba-tiba nak update pasal ni, bukannya apa , saja nak share pengalaman yang paling aku tak boleh lupakan dalam hidup aku. Satu lagi tadi aku tengah belek majalah sekolah....hahaha malunya tengok gambaq sendiri weh. Orang lain senyum je..tapi aku teriak... terharu sebenarnya.
Aku biasa-biasa saja, tak pandai mana , tak bijak mana. Same macam manusia biasa. Cuma aku percaya, kalau Allah nak bagi ,Dia bagi. Sebab tu kita kena sentiasa sabar. Sebab Allah akan bagi sesuatu benda yang kita nak tu bila kita dah sedia.
Sebelum aku ambik result tu, pagi tu mama citer semalam dia mimpi aku dapat banyak A.
Ya Allah makin ketaq lutut aku nak ambik result ni mama weh. Dah lah ada orang kata mimpi ni terbalik dengan realiti. Aku pun sebenarnya mimpi aku menangis tengok mama dengan abah, tak tahu kenapa. Memang aku takut gila nak habaq ka hang.
Pagi tu ,ambik result kat sekolah pukul 10. Aku saje je suruh mama gi lewat sikit. Sebab debaq punya pasai, kami gi pukul 10:30. Sampai je sekolah, dekat Anjung Seri Gemilang ramai dah cikgu dengan budak kelas aku pakat berkumpul , dan pada masa yang sama aku lalu je pakat pandang aku dengan pandangan yang lain macam wehhhh. Aku nak teriak dah masa tu. Kenapa ni? Aku datang lewat sangat ke? Cikgu Sulaiman (cikgu sains) pun suruh aku duk depan sekali. Ya Allah cikgu, denda sebab mai lambat ke ni? Aku nak teriak dah. Air mata kuwaq dah masa ni. Mama pulak usap-usap belakang aku, "sabo kakok, sabo, mama mimpi molek doh".
Pagi tu dimulakan dengan ucapan Pengetua sekolah (mama kata pengetua tu kawan Abah). Pelik sebenarnya, kenapa aku sampai je, baru nak start. Aihh debo doh. Dahlah pengetua sambil berucap pandang aku. Masa tu dalam kepala aku, mungkin cikgu marah kot sebab aku datang lambat. Aku masa tu menangis dah, dahlah mai lambat hilang keberkatan pulak tu.
Lepas habis je ucapan, terus cikgu umumkan ikut ranking. Dari ranking 1-10. Tempat pertama keseluruhan SPM , Atiqah Amirah bt Habib. Masa dengar macam tu aku naik pentas cepat terus menangis kat tepi. Masa tu terima kasih Ya Allah. Hanya tuhan je tahu perasaan aku. Tak sangka wehhh. Mama siap kata lagi, haaaa macam mimpi mama semalam.
Aku balik je citer kat abah peristiwa tu. DEJAVU
Walaupun result aku biasa saja tapi, bagi aku tulah tahap mana usaha aku selama ni. Tambahan pula aku sekolah biasa , mesti budak-budak sekolah lain dapat lebih baik lagi. Tapi aku brsyukur sangat-sangat-sangat. Balik je rumah aku ambik wudhuk terus sujud syukur.
Malam tu Paklang lanje Kepci ...YEYYY
Tips belajar:
1- Buat jadual belajar
Pagi - kalau boleh subjek hafalan (macam BA dan Syariah)
Tengahhari - latihan
Malam - Baca
2- Fokus dalam kelas
3- Buat mind map (yang chomel) kalau boleh yang cute sikit baru best nak baca
4- Buat target
5- Jaga kesihatan (hehehe)
Dan yang paling penting sekali , jaga hubungan antara Allah , Ibubapa , cikgu dan kawan-kawan. Jangan lupa jasa Ibubapa yang banyak mendoakan kejayaan kita dan cikgu-cikgu yang banyak berkorban untuk memberi ilmu yang berguna kepada kita.
Sebelum tu al-Fatihah untuk cikgu KH (masa form2) dengan PERD (masa form4&5) Cikgu Pauziahani bt M Rashid yang kembali ke rahmatullah pada 12 Ogos haritu kerana kanser hati tahap 4. Aku tahu pun sebab Husen yang bagitau dalam Whatsapp. Ya Allah aku tak sangka, cikgu yang paling baik yang aku kenal dah tiada di dunia ini. Aku tak boleh lupa jugak, masa Hari anugerah cemerlang untuk ambik hadiah SPM punya, dia tegur aku, sambil tu ucap "tahniah sebab Tiqah dah banggakan sekolah". Memang tulah kali terakhir aku tengok cikgu.
Maaf cikgu sebab Tiqah tak sempat nak ucap "Terima kasih sebab ajar Tiqah selama ini. Cikgulah cikgu yang paling baik yang Tiqah kenal. Masa mula-mula cikgu masuk kelas dulu, cikgu tegur Tiqah" (sebab sebelum ni cikgu pernah mengajar dekat sekolah yang abah mengajar iaitu, SMK Seri Pantai)
Semoga roh cikgu dicucuri rahmat dan cikgu berada dikalangan orang-orang yang beriman. Ameen.