yess... akhirnya... ni lah saat yang ditunggu-tunggu oleh TiqohMirohHabib nak rehat KAT RUMAH. Yesss
Kenapalah aku tak terfikir nak update blog ni awal2.. sebulan lagi nak bukak cuti baru hang nak update 😅😅😅. Tak adalah aku sibuk enjoy duk rumah...sampai telifon pi tang lain dah. Nak buat lagumana kan.
Firstly, tahun ni aku beraya dekat Kemaman, Terengganu. Dekat rumah wan leeeee... Dulu masa kecik selalu je nak balik rumah wan... besaq2 panjang laguni jarang dah ...lagi pun ambe belajo situ hihi.😆
Balik2 cuti ni jugak Mimi dengan Nina sakit. Mimi sebab appendiks, dan Nina sebab SLE (rasanya sekarang dia dah cek darah cuma keputusan darah tu tak pasti lagi. Seyes weh, balik-balik cuti je nampak Nina baring dengan tompokan dekat muka. First sekali kami fikir dia sakit kulit, cek klinik semua kata penyakit lain-lain. Last sekali abah hantar je dekat hospital.... memang semua penyakit yang cek dekat klinik tu salah. Nina ada penyakit lain. Sistem imunisasi dalam badan dia tak stabil. Sebab tu dia memang sensitif sangat dengan panas, naik ruam dan cepat letih. Kami risau juga, lagipun dia UPSR tahun ni.
Aktiviti masa cuti :
1- Mestilah training jadi suri rumah~
Aku belajar masak sikit-sikit, wuuuuuuu. Aku tau dah sebenarnya masak sebelum ni, cuma ilmu memasak tu tak cukup lagi, cuti ni lah nak grab belake apa yang mama ajar. Mama ajar pun suruh tengok je. Masak ni senang,, masuk je apa2 asalkan sedap 😅
Satu lagi duk rumah je bermulalah hidup sebagai anak dara (yang ayu). Bangun pagi dan kemas rumah.
dah2 lah pasal ni ye... malu i
2- Main Game kat FB
Time cuti nilah nak start main. Nanti bukak je cuti tak main dah
Habislah farm aku dah layu stroberi dia
Lepas tu aku ketagih game ni
habis kotor kedai titew |
Kita duk cuti 3 bulan, takkan nak mereput je kan..isilah dengan menda yang berfaedah gini.
Aku sebenarnya dah lama dah tinggal Subjek Arab. Tambahan pula Abah galakkan aku peringat balik arab ni. Kadang2 tanya maksudlah. Kalau boleh kena ingat selalulah, sebab arab ni kena tengok selalu, barulah ingat. Tiap cuti sem mesti aku akan hadap buku arab. Bukan nak berlagak ke apa... belajar bahasa Al-Quran kan. Tak ada gunanya solat atau baca Quran kalau tak faham makna. Sebab tu aku buat revision Arab tiap kali cuti sem (start dengan cuti diploma sem4 - lepas menyesal dapat B). Hehehe 😁
Kadang-kadang aku tak ada kerja tiap cuti sem, aku study juga bahasa korea dengan jepun (aku kan nak kawen dengan TaeTae). Jepun belajar dah sem lepas hihihhhi
Lepas tu aku dah reti guna chopstick..belajar lepas tengok gambar si Nani post dekat IG.. disebabkan teringin jugak nak belajar..aku tengggooook cara dia pegang, lepas tu tengok Youtube..oooo seperti itu.
saiya kidal |
Lepas tu belek buku akaun............................................................................
4- Berangan
Mikir masa depan benonye..kadang2 bila kita duk saja..terfikir jugak.."benda tu ...benda ni" "aku nak buat apa lepas ni"
antara benda yang diplankan lah takat ni |
✔Aku nak grad 3.80 above (kalau boleh nak grad first class)
✔ Dah ada lesen kereta (ingat cuti ni nak belajar, tapi masa tak mengizinkan)
✔ Selain sijil degree, aku nak grad sekali dengan sijil Silat dan Taekwondo
✔ Ambik UGET test hehehehehe (ni memang wajib ni)
✔ Jadi Fasi walaupun sekali
Papapun.. rancanglah percutian ini sebaik-baiknye..lepas ni cuti sem 2-3 minggu pulak. Nak tunggu ke cuti sem panjang laguni tunggu tahun depan lah nah
Hai,saya pun bljr dkt unisza jgk :) saya nk tya sem berapa blh ambik uget?
BalasPadamooo awak yg nama Hidayah tu ke? Maaf sebab saya baru buka blog
Padam