Khamis, 17 Ogos 2017

20 Mac 2014

Tu lah kenangan yang paling aku tak dapat lupakan dalam hidup


Maaflah tiba-tiba nak update pasal ni, bukannya apa , saja nak share pengalaman yang paling aku tak boleh lupakan dalam hidup aku. Satu lagi tadi aku tengah belek majalah sekolah....hahaha malunya tengok gambaq sendiri weh. Orang lain senyum je..tapi aku teriak... terharu sebenarnya.

Aku biasa-biasa saja, tak pandai mana , tak bijak mana. Same macam manusia biasa. Cuma aku percaya, kalau Allah nak bagi ,Dia bagi. Sebab tu kita kena sentiasa sabar. Sebab Allah akan bagi sesuatu benda yang kita nak tu bila kita dah sedia.

Sebelum aku ambik result tu, pagi tu mama citer semalam dia mimpi aku dapat banyak A.
Ya Allah makin ketaq lutut aku nak ambik result ni mama weh. Dah lah ada orang kata mimpi ni terbalik dengan realiti. Aku pun sebenarnya mimpi aku menangis tengok mama dengan abah, tak tahu kenapa. Memang aku takut gila nak habaq ka hang.

Pagi tu ,ambik result kat sekolah pukul 10. Aku saje je suruh mama gi lewat sikit. Sebab debaq punya pasai, kami gi pukul 10:30. Sampai je sekolah, dekat Anjung Seri Gemilang ramai dah cikgu dengan budak kelas aku  pakat berkumpul , dan pada masa yang sama aku lalu je pakat pandang aku dengan pandangan yang lain macam wehhhh. Aku nak teriak dah masa tu. Kenapa ni? Aku datang lewat sangat ke? Cikgu Sulaiman (cikgu sains) pun suruh aku duk depan sekali. Ya Allah cikgu, denda sebab mai lambat ke ni? Aku nak teriak dah. Air mata kuwaq dah masa ni. Mama pulak usap-usap belakang aku, "sabo kakok, sabo, mama mimpi molek doh".


Pagi tu dimulakan dengan ucapan Pengetua sekolah (mama kata pengetua tu kawan Abah). Pelik sebenarnya, kenapa aku sampai je, baru nak start. Aihh debo doh. Dahlah pengetua sambil berucap pandang aku. Masa tu dalam kepala aku, mungkin cikgu marah kot sebab aku datang lambat. Aku masa tu menangis dah, dahlah mai lambat hilang keberkatan pulak tu.

Lepas habis je ucapan, terus cikgu umumkan ikut ranking. Dari ranking 1-10. Tempat pertama keseluruhan SPM , Atiqah Amirah bt Habib. Masa dengar macam tu aku naik pentas cepat terus menangis kat tepi. Masa tu terima kasih Ya Allah. Hanya tuhan je tahu perasaan aku. Tak sangka wehhh. Mama siap kata lagi, haaaa macam mimpi mama semalam.


Aku balik je citer kat abah peristiwa tu. DEJAVU

Walaupun result aku biasa saja tapi, bagi aku tulah tahap mana usaha aku selama ni. Tambahan pula aku sekolah biasa , mesti budak-budak sekolah lain dapat lebih baik lagi. Tapi aku brsyukur sangat-sangat-sangat. Balik je rumah aku ambik wudhuk terus sujud syukur.

Malam tu Paklang lanje Kepci ...YEYYY


Tips belajar:
1- Buat jadual belajar

Pagi - kalau boleh subjek hafalan (macam BA dan Syariah)
Tengahhari - latihan
Malam - Baca

2- Fokus dalam kelas
3- Buat mind map (yang chomel) kalau boleh yang cute sikit baru best nak baca
4- Buat target
5- Jaga kesihatan (hehehe) 


Dan yang paling penting sekali , jaga hubungan antara Allah , Ibubapa , cikgu dan kawan-kawan. Jangan lupa jasa Ibubapa yang banyak mendoakan kejayaan kita dan cikgu-cikgu yang banyak berkorban untuk memberi ilmu yang berguna kepada kita.


Sebelum tu al-Fatihah untuk cikgu KH (masa form2) dengan PERD (masa form4&5) Cikgu Pauziahani bt M Rashid yang kembali ke rahmatullah pada 12 Ogos haritu kerana kanser hati tahap 4. Aku tahu pun sebab Husen yang bagitau dalam Whatsapp. Ya Allah aku tak sangka, cikgu yang paling baik yang aku kenal dah tiada di dunia ini. Aku tak boleh lupa jugak, masa Hari anugerah cemerlang untuk ambik hadiah SPM punya, dia tegur aku, sambil tu ucap "tahniah sebab Tiqah dah banggakan sekolah". Memang tulah kali terakhir aku tengok cikgu. 




Maaf cikgu sebab Tiqah tak sempat nak ucap "Terima kasih sebab ajar Tiqah selama ini. Cikgulah cikgu yang paling baik yang Tiqah kenal. Masa mula-mula cikgu masuk kelas dulu, cikgu tegur Tiqah" (sebab sebelum ni cikgu pernah mengajar dekat sekolah yang abah mengajar iaitu, SMK Seri Pantai) 

Semoga roh cikgu dicucuri rahmat dan cikgu berada dikalangan orang-orang yang beriman. Ameen.

Jumaat, 11 Ogos 2017

Cuti Semester 3 Bulan



yess... akhirnya... ni lah saat yang ditunggu-tunggu oleh TiqohMirohHabib nak rehat KAT RUMAH. Yesss

Kenapalah aku tak terfikir nak update blog ni awal2.. sebulan lagi nak bukak cuti baru hang nak update πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…. Tak adalah aku sibuk enjoy duk rumah...sampai telifon pi tang lain dah. Nak buat lagumana kan.

Firstly, tahun ni aku beraya dekat Kemaman, Terengganu. Dekat rumah wan leeeee... Dulu masa kecik selalu je nak balik rumah wan... besaq2 panjang laguni jarang dah ...lagi pun ambe belajo situ hihi.πŸ˜†

Balik2 cuti ni jugak Mimi dengan Nina sakit. Mimi sebab appendiks, dan Nina sebab SLE (rasanya sekarang dia dah cek darah cuma keputusan darah tu tak pasti lagi. Seyes weh, balik-balik cuti je nampak Nina baring dengan tompokan dekat muka. First sekali kami fikir dia sakit kulit, cek klinik semua kata penyakit lain-lain. Last sekali abah hantar je dekat hospital.... memang semua penyakit yang cek dekat klinik tu salah. Nina ada penyakit lain. Sistem imunisasi dalam badan dia tak stabil. Sebab tu dia memang sensitif sangat dengan panas, naik ruam dan cepat letih. Kami risau juga, lagipun dia UPSR tahun ni.

Aktiviti masa cuti :

1- Mestilah training jadi suri rumah~

Aku belajar masak sikit-sikit, wuuuuuuu. Aku tau dah sebenarnya masak sebelum ni, cuma ilmu memasak tu tak cukup lagi, cuti ni lah nak grab belake apa yang mama ajar. Mama ajar pun suruh tengok je. Masak ni senang,, masuk je apa2 asalkan sedap πŸ˜…
Satu lagi duk rumah je bermulalah hidup sebagai anak dara (yang ayu). Bangun pagi dan kemas rumah.

dah2 lah pasal ni ye... malu i

2- Main Game kat FB

Time cuti nilah nak start main. Nanti bukak je cuti tak main dah
Habislah farm aku dah layu stroberi dia
Lepas tu aku ketagih game ni

habis kotor kedai titew



3- Belajar (KADDDANG2)

Kita duk cuti 3 bulan, takkan nak mereput je kan..isilah dengan menda yang berfaedah gini.

Aku sebenarnya dah lama dah tinggal Subjek Arab. Tambahan pula Abah galakkan aku peringat balik arab ni. Kadang2 tanya maksudlah. Kalau boleh kena ingat selalulah, sebab arab ni kena tengok selalu, barulah ingat. Tiap cuti sem mesti aku akan hadap buku arab. Bukan nak berlagak ke apa... belajar bahasa Al-Quran kan. Tak ada gunanya solat atau baca Quran kalau tak faham makna. Sebab tu aku buat revision Arab tiap kali cuti sem (start dengan cuti diploma sem4 - lepas menyesal dapat B). Hehehe 😁



Kadang-kadang aku tak ada kerja tiap cuti sem, aku study juga bahasa korea dengan jepun (aku kan nak kawen dengan TaeTae). Jepun belajar dah sem lepas hihihhhi

Lepas tu aku dah reti guna chopstick..belajar lepas tengok gambar si Nani post dekat IG.. disebabkan teringin jugak nak belajar..aku tengggooook cara dia pegang, lepas tu tengok Youtube..oooo seperti itu.

saiya kidal

Lepas tu belek buku akaun............................................................................

4- Berangan

Mikir masa depan benonye..kadang2 bila kita duk saja..terfikir jugak.."benda tu ...benda ni" "aku nak buat apa lepas ni"

antara benda yang diplankan lah takat ni

Aku ada buat checklist jugak sebelum graduate degree ni:
✔Aku nak grad 3.80 above (kalau boleh nak grad first class)
✔ Dah ada lesen kereta (ingat cuti ni nak belajar, tapi masa tak mengizinkan)
✔ Selain sijil degree, aku nak grad sekali dengan sijil Silat dan Taekwondo
✔ Ambik UGET test hehehehehe (ni memang wajib ni)
✔ Jadi Fasi walaupun sekali



Papapun.. rancanglah percutian ini sebaik-baiknye..lepas ni cuti sem 2-3 minggu pulak. Nak tunggu ke cuti sem panjang laguni tunggu tahun depan lah nah

Azam Tahun ke-2 Degree

Akhirnya dapat jugak aku cuti sem SELAMA 3 bulan buat first time masa degree. Sekarang baru habis tahun pertama. Yeyyyy Lagi 3 tahun akan menyusul


AZAM SEM DEPAN?

Paling UTAMA sekali aku kena tingkatkan lagi usaha untuk sem akan datang... macam ni lah...aku jatuh teruk sem lepas..serius teruk sangat. Tulah orang lain pi study hang banyak main..berangan..mikir ke crush ..banyak lena dll
Tapi nak buat macam mana kan..kalau ada rezeki tu Dia nak bagi, Alhamdulilah..kalau tak kena tingkatkan lagi..mungkin usaha kita tu tak cukup lagi πŸ˜ƒ
Nak kata subjek pun... adalah ...subjek susah tu , Management Accounting 2 (bersame senior - woooohooo usha sikit) ..Gara-gara satu subjek B- jatuh pointer sedebok. Tapi aku tak ada lah sedih mana sebenaqnya, usaha aku mungkin tak cukup lagi. Takpe mungkin sem akan datang, aku akan USAHA lagi. Jadual belajar pun kena ikut dah mulai sekarang. Aku jenis study sorang dan memang pantang kalau bunyi noti masuk ... ngeluh teruih (tulah sapa suruh tak silent). Satu lagi sebab aku tekanan gileee sem lepas..dengan diganggu oleh emosi yang 'tak berapa' stabil. Memang aku pantanglah dengan sorang2 makhluk sem lepas. Pasal silat dan taekwondo tak ada masalah..sebab aku boleh je anggap yang tu sebagai 'senaman' dan aku boleh je arrange jadual belajar dengan aktiviti2 tu.

Kedua, selaraskan TARGET POINTER tu , sebelum ni aku target 3.80. Waaaa tingginye. Macam nilah aku fikir, kalau aku target tinggi aku akan lebih bersemangat nak capai A untuk sesuatu subjek tu macam motivasi lah bagi aku (contoh SPM dulu leeeer kena kecam kot target 11).
Sekarang CGPA aku 3.58. Rasanya, ada harapan tak? InsyaAllah ada. Yang penting doa dari mama abah aku, family aku dan guru2 aku. Kena jaga juga hubungan dengan kawan2 mahupun kawan sekelas. Siapa2 pun teringin kan nak grad first class. Sape tak nak?

Then, aku target nak balik kampung sem depan, kalau boleh sebelum cuti 3 bulan sem depan. Rindu wanπŸ˜”.
Lepas tu doa2 lah dapat jadi fasi untuk degree sem depan. Seyes jeles dengan Paah, dia dapat luangkan masa cuti dia. Takat duk saja pun dapat pengalaman baru. Teringin sangat nak jadi hakak fasi, nak juga rasa camne sebenarnya.

Lebih semangat untuk aktif se lagi. Kalau boleh aku target Silat aku habis, boleh training orang. At least bolehlah belajar lebih lagi pasal silat ni. Bak kata penyelia dan jurulatih silat saya, "Semakin kita mengajar, semakin kita belajar".
Harap2lah dapat asrama sem depan (orang training malam wehh).

Last but not least, aku kena buang lah perangai berangan tu. HAHAHAHA. Aku banyak berangan rasanya sebab aku jenis tak banyak bercakap dengan orang kot. Memang weh banyak menda bermain2 dalam kepala...paling teruk time gelak sorang2 tu (nasib bukan malam).😈